Showing posts with label LAGU LAMA. Show all posts
Showing posts with label LAGU LAMA. Show all posts

Thursday, 5 May 2016

Kepadamu Kekasih - JAMAL ABDILLAH , HATTAN & DATUK M.NASIR


Hari ini adalah hari Israk Mikraj
dan cuba kita hayati lagu ini..

Thursday, 8 October 2015

Kuch Kuch Hota Hai - Shahrukh Khan | Kajol | Rani Mukerji



Malam ni malam Jumaat..buat apa tu semua..amboii..ada tgh menari2..



Illusi-Puisi Cinta

Lagu pilihan karaoke oleh kawan-kawan ku bangsa cina suatu masa dulu dari kumpulan Illusi-Puisi Cinta. Vokal nya Ayai Juara Gegar Vaganza.

Suaramu...
Gemersiknya bak buluh perindu
Cuba kau lagukan
Cuba kau dendangkan
Mengisi di ruang kamarku

Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku

( korus )
Tiada terkata
Seindah bahasa
Nak ku huraikan
Nak ku belaikan dirimu
Akan ku syairkan katamu
Akan ku madahkan janjimu
Menjadi coretan gurindam
Puisi cinta...

Akan ku ukirkan senyummu
Akan ku lukiskan tawamu
Menjadikan susunan warna
Potret indah...

Senyummu...
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku...

( ulang dari korus )

Menjadi hiasan hidupku...

Gubahanku - Titiek Sandhora & Muchsin Alatas

Lagu ini mula-mula di nyanyikan oleh mereka.. 
Titiek Sandhora & Muchsin Alatas

Ku tuliskan lagu ini
Ku persembahkan padamu
Walau pun tiada indah
Syair lagu yang ku gubah

Ku ingatkan kepadamu
Akan janjimu padaku
Hanyalah satu pintaku
Jangan kau lupakan daku

( korus )
Walau apa yang terjadi
Tabahkan hatimu selalu
Jangan sampai kau tergoda
Mulut manis yang berbisa

Setahun kita berpisah
Serindu terasa sudah
Duhai gadis pujaanku
Cintaku hanya padamu



 

Wednesday, 7 October 2015

Kembara - Hati Emas

Terima Kasih kawan-kawan yang ber Hati Emas..

Berjalan di tanah gersang
Mentari mencekam dada
Debu-debu di jalanan
Menjadi teman setia

Tiada lain tujuanku
Hati emas yang ku cari
Kisahnya di hujung dunia
Mengapa tak ku temui

Oh! terdengar suara halus
Bagai dengar dan menghilang
Katanya pulanglah oh! anakku
Ia tiada di sini

Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Di masa kini adakah kau peduli

Mungkinkah dikau miliki
Hati emas murni suci
Inginku menjadi sahabatmu
Hingga akhir hayat nanti

Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Mungkin selamanya takkan aku temui

Monday, 5 October 2015

Friday, 25 September 2015

Thursday, 24 September 2015

Wednesday, 23 September 2015

Sudirman - Balik Kampung

Hari ini ramai balik kampung untuk menyambut Hari Raya Haji..
Jadi berhati-hati di jalanraya dan semuga selamat pulang dan kembali berhari raya..